Home SemasaGlobal Enggan patuhi SOP COVID-19, 3 dihukum penjara 4 tahun

Enggan patuhi SOP COVID-19, 3 dihukum penjara 4 tahun

by M.Daim

BEIJING, 12 Jan – Kerajaan China telah menjatuhkan hukuman penjara 4 tahun kepada 3 orang individu selepas didapati bersalah melanggar arahan pencegahan penularan wabak COVID-19 di negara itu.

Hukuman tersebut difahamkan yang paling keras pernah dijatuhkan setakat ini selepa kerajaan China melancarkan polisi Sifar COVID (Zero COVID).

Menurut laporan Global Times, 3 individu terbabit merupakan akauntan, peguam dan penyelia sebuah syarikat perkapalan di Dalian.

“Mereka telah dijatuhkan hukuman penjara antara 39 ke 57 minggu kerana melanggar polisi pencegahan wabak COVID-19,” lapor Global Times.

Menurutnya, kerajaan China mendapati syarikat terbabit telah melanggar pelbagai peraturan termasuk enggan melaksanakan pemakaian pelitup muka, tidak melakukan pemeriksaan kesihatan dan melanggar arahan perintah berkurung.

“Pihak syarikat turut didenda sebanyak 800,00 yuan (RM525,359),” kata laporan itu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply