Home Semasa Husam ejen Mossad terlibat operasi pembunuhan pensyarah Palestin di Malaysia

Husam ejen Mossad terlibat operasi pembunuhan pensyarah Palestin di Malaysia

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Identiti ejen Mossad terlibat dalam operasi pembunuhan Dr Fadi Al-Batsh yang ditahan oleh pihak berkuasa Palestin pada beberapa hari lalu telah dikenal pasti sebagai Husam Abdul Majid Muhammad Al-Astal

Ketua Eksekutif Cinta Gaza, Nadir Al-Nuri menyatakan perkara tersebut di saluran Telegram beliau.

Menurutnya, individu terbabit telah terlibat dengan agensi Mossad semenjak 1996.

“Operasi dilakukan bersama 3 lagi individu,” ujarnya.

Sementara itu, agensi media Palestin, Quds Network memetik kenyataan pihak keselamatan dalam negeri di Gaza yang memaklumkan individu yang terlibat dalam operasi pembunuhan tersebut telah terlibat dengan Mossad semenjak tahun 1996.

Laporan tersebut tidak menyatakan nama individu terbabit secara spesifik.

“Ejen terbabit telah melaksanakan pelbagai misi di dalam dan luar negara dengan mengikut arahan Shin Bet serta Mossad,

“Beliau telah berada dalam pemerhatian pihak berkuasa Palestin selepas kembali ke Gaza baru-baru ini,” kata laporan itu.

Jelasnya, ejen terbabit telah ditahan semenjak 4 bulan lalu oleh pihak keselamatan Palestin dan mengakui terlibat dalam operasi pembunuhan Dr Fadi.

Pihak Keselamatan Dalam Negeri Gaza turut menyatakan siasatan terhadap penglibatan ejen terbabit dalam insiden di Malaysia pada tahun 2018 lalu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply