Home SemasaGlobal Hadapi ledakan Omicron, kadar kes COVID-19 Filipina kritikal

Hadapi ledakan Omicron, kadar kes COVID-19 Filipina kritikal

by M.Daim

MANILA, 11 Jan – Jabatan Kesihatan Filipina hari ini mengumumkan negara kepulauan itu sedang berdepan dengan situasi kritikal berikutan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak selama 3 hari berturut-turut.

Semalam, Filipina mencatatkan 33,169 kes jangkitan COVID-19, tertinggi untuk tempoh 3 hari berturut-turut.

“Hampir 60 peratus kes terkini adalah melibatkan varian Omicron, ini sekaligus menjadikan varian ini dominan berbanding Delta di Filipina,” kata Setiausaha Kesihatan Filipina, Francisco Duque III yang dipetik oleh ABS-CBN.

Pada masa yang sama, beliau menyatakan kes-kes serius adalah rendah berbanding dengan ledakan Delta pada September 2021.

Francisco menegaskan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan perlu mempertingkatkan usaha membendung penularan wabak ini. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply