Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat ATM bantu salur sumbangan Keluarga Malaysia di Sabah

ATM bantu salur sumbangan Keluarga Malaysia di Sabah

by Pasri Asyraf

KOTA MARUDU, 11 Jan – Bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan sahaja menyelamatkan mangsa-mangsa banjir di kawasan yang terjejas banjir, malah ia diteruskan dengan pengagihan bantuan penghantaran barang-barang keperluan kepada mangsa yang terkesan.

Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) menerusi hantaran di media sosialnya berkata, anggota daripada 75 Batalion Kor Ordnans Diraja (75 KOD) turut terlibat dalam membantu menghantar barang sumbangan ‘Keluarga Malaysia’ daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu lalu.

Menurut 5 Div, sumbangan berbentuk periuk nasi dan toto yang diterbangkan oleh pesawat C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sejak 6 Januari lalu telah disalurkan kepada wakil daerah untuk diagihkan kepada mangsa banjir di sekitar Kota Murudu dan Pitas.

“Inisiatif yang dilaksanakan ini merupakan usaha kerajaan Malaysia dalam meringankan beban keluarga mangsa yang terjejas banjir di Semenanjung Malaysia pada awal Disember tahun lepas,

“Langkah ini kemudian diteruskan di Sabah bagi membantu mangsa banjir yang mula terjejas sejak awal Januari 2022,” tambah 5 Div.-airtimes

Related Articles

Leave a Reply