Home Pertahanan dan Keselamatan Op Murni: 13,896 kg bekalan makanan diterbangkan ke kampung Orang Asli

Op Murni: 13,896 kg bekalan makanan diterbangkan ke kampung Orang Asli

by Air Times News Network

GUA MUSANG, 11 Jan – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengatur gerakan pesawat helikopter EC725 AP dari No. 10 Skuadron bagi menjayakan misi penghantaran makanan kepada perkampungan Orang Asli di Gua Musang, semalam.

TUDM menerusi hantaran media sosialnya berkata, musim tengkujuh baru-baru ini telah memberi kesan kepada penduduk Orang Asli apabila bekalan makanan daripada hasil tanaman kebanyakannya musnah.

“Selain daripada itu, penduduk Orang Asli juga perlu berdepan dengan kesukaran mendapatkan bekalan makanan disebabkan terputus hubungan laluan darat akibat kerosakan jalan yang dilanda banjir,

“Sebanyak 13,896 kilogram (kg) bekalan makanan terdiri daripada beras, minyak masak, sardin, tepung gandum, serbuk kopi, susu, biskut, kicap dan sos cili telah dihantar ke tiga kawasan penempatan Orang Asli di daerah tersebut iaitu Pos Gob, Pos Simpor dan Kampung Rekom,” katanya.

Tambahnya lagi, penghantaran ini juga hasil usahasama diantara Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan dan Terengganu yang menyalurkan makanan untuk di agihkan kepada panduduk setempat.

“Pesawat dikendalikan oleh Komander Pesawat Mejer Mohamad Khairil Saaban TUDM bersama Pembantu Juruterbang Kapten Nurul Fadziela Mohd Azhar TUDM,” ujarnya.

Dalam pada itu, TUDM menjelaskan sbagai barisan hadapan pihaknya sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dan bersedia sebilang masa untuk melaksanakan tugas serta amanah yang dipertanggungjawapkan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply