Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin gagalkan cubaan seludup barang kawalan, aktiviti bom ikan

Polis Marin gagalkan cubaan seludup barang kawalan, aktiviti bom ikan

by Air Times News Network

SEMPORNA, 10 Jan – Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya mengagalkan cubaan seludup barang kawalan dan aktiviti bom ikan dalam 2 lokasi berasingan.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, Deputi Suprentenden Polis Mohammad Ismail berkata, pasukannya sedang melaksanakan rondaan di Laut Kampung Hidayat telah mengesan sebuah perahu dalam keadaan mencurigakan.

“Semasa menghampiri perahu tersebut, suspek bertindak agresif dan melarikan diri ke kawasan air cetek,

“Pemeriksaan ke atas perahu yang ditinggalkan mendapati terdapat 200 kilogram (kg) ikan yang dipercayai ditangkap menggunakan bahan letupan,

“Nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM 19,450.00,” katanya.

Dalam pada itu, PPM Semporna melaksanakan rondaan disekitar Laut Pulau Sisipan Semporna pada awal awal pagi semalam dan memeriksa 2 buah perahu yang dilihat dalam keadaan mencurigakan.

“Setelah menyedari kehadiran polis, suspek bertindak melarikan diri ke Pulau Sisipan,

“Rampasan dibuat melibatkan beberapa minyak masak yang dianggarkan berjumalah RM34,240.00,

“Kesemua rampasan di Markas Operasi PPM Semporna untuk disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Perikanan 1985,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply