Home Semasa Kita tak mampu untuk laksana total lockdown – Khairy

Kita tak mampu untuk laksana total lockdown – Khairy

by M.Daim

PUTRAJAYA, 10 Jan – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan negara tidak mampu dari segi ekonomi dan kebajikan rakyat untuk melaksanakan penutupan penuh (total lockdown).

Beliau dalam satu hantaran di akaun media sosial rasminya mengulas strategi China dalam menangani COVID-19 di negara itu.

“Tidak dinafikan pendekatan China berkesan. Namun strategi mereka iaitu pembendungan (containmen) atau sifar COVID-19 (zero COVID),

“Ia bermaksud penutupan penuh bila ada hanya 3 kes positif. Malaysia tidak mampu dari segi ekonomi dan kebajikan rakyat untuk lockdown,” katanya.

Beliau menambah, negara menggunakan pendekatan pencegahan.

“Ini bermaksud kita mengurus kes positif dengan berkesan, meningkatkan kadar vaksinasi, jaga SOP dan TRIIS,

“Langkah ini dilakukan bagi menurunkan kadar kematian, penggunaan ICU dan kemasukan hospital,” ujarnya.

TRISS adalah merujuk kepada langkah penilaian kendiri COVID-19 iaitu Test (Uji), Report (Lapor), Isolate (Asing), Inform (Maklum) dan Seek (Dapatkan Rawatan).

Pada masa yang sama, Khairy menegaskan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendapat sokongan penuh dari beliau untuk melaksanakan tugas.

Semalam, kerajaan China melancarkan ujian saringan skala besar di Tianjin berikutan penemuan kes COVID-19 di bandar pelabuhan itu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply