Home Semasa Pesakit COVID-19 alami keguguran rambut berlebihan – pakar kulit

Pesakit COVID-19 alami keguguran rambut berlebihan – pakar kulit

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 10 Jan – Pesakit COVID-19 dilaporkan akan mengalami keguguran rambut yang nyata selepas pulih dari wabak pandemik itu.

Menurut Akademi Dermatologi Amerika Syarikat (AAD), pesakit akan mendapati mereka akan mengalami kadar keguguran rambut yang lebih banyak daripada biasa dalam masa beberapa bulan.

“Keguguran rambut lazimnya berlaku selepas pesakit pulih dari demam panas atau penyakit,

“Ramai menyangka mereka mengalami masalah keguguran rambut namun ianya adalah tindak balas normal oleh badan,” kata pihak AAD di laman web rasminya.

Jelasnya, situasi tersebut akan berlanjutan dalam masa 6 ke 9 bulan.

“Keadaan akan kembali pulih dalam tempoh tersebut,” ujarnya.

Pada masa yang sama, pihak AAD turut menyatakan simptom keguguran rambut turut berpunca dari tekanan.

“Situasi pandemik yang berlaku pada ketika ini turut memberi kesan dari segi mental terutamanya tekanan dan kegusaran,

“Individu yang tidak menghidapi COVID-19 pun boleh mengalami keguguran rambut yang nyata akibat faktor ini,

“Lazimnya ianya akan memakan masa selama 2 hingga 3 bulan,” jelas AAD. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply