Home SemasaGlobal Ejen Mossad bunuh imam Palestin di Malaysia ditangkap di Gaza

Ejen Mossad bunuh imam Palestin di Malaysia ditangkap di Gaza

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Seorang individu yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan seorang imam Palestin di Malaysia telah ditahan oleh pihak keselamatan di Gaza.

Individu terbabit telah ditangkap semasa menghubungi pihak perisikan Israel.

Menurut laporan Palestine Today yang memetik sumber mereka, ejen tersebut ditahan selepas panggilan telefonnya dengan pengendali terbongkar oleh pihak perisikan Palestin.

“Individu terbabit telah ditahan dan mengaku bahawa beliau yang melaksanakan operasi membunuh Fadi Al-Batsh di Malaysia,

“Operasi pembunuhan terbabit dilaksanakan bersama seorang lagi ejen Mossad,” kata laporan itu.

Pada 21 April 2018, seorang lelaki warganegara Palestin maut ditembak oleh individu yang tidak dikenali semasa dalam perjalanan ke solat Subuh di Kuala Lumpur.

Dr Fadi Al-Batsh, 35 tahun merupakan pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI). – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply