Home SemasaGlobal China lapor penularan komuniti Omicron yang pertama

China lapor penularan komuniti Omicron yang pertama

by M.Daim

BEIJING, 9 Jan – Kerajaan China telah mengesan kes penularan Omicron dalam komuniti yang pertama di negara itu.

Penularan dilaporkan berlaku di bandar Tianjin.

Menurut laporan Bloomberg, pusat kawalan kesihatan dan jangkitan penyakit China telah mengesan 2 kes di bandar pelabuhan itu.

“2 individu termasuk kanak-kanak telah dikesan menghidap Omicron pada hari Sabtu. Mereka tidak mempunyai sejarah perjalanan,” kata laporan itu.

Satu ujian pengesanan dilancarkan oleh kerajaan China bagi membendung kemungkinan penularan wabak itu. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply