Home SemasaGlobal Tsunami Omicron berlaku jika wabak terus dipandang remeh – WHO

Tsunami Omicron berlaku jika wabak terus dipandang remeh – WHO

by M.Daim

GENEVA, 7 Jan – Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom hari ini menegaskan masyarakat global perlu memandang serius penularan wabak COVID-19 varian Omicron.

Dalam sidang media maya WHO, beliau turut menyatakan kadar kes jangkitan baharu di peringkat global adalah tertinggi pada minggu lalu semenjak tahun 2020.

“Omicron mungkin kelihatan tidak merbahaya seperti Delta, ianya tidak boleh diklasifikasikan sebagai varian yang lemah atau ringan,

“Seperti varian sebelumnya, Omicron telah menyebabkan pesakit dirawat di hospital dan juga kes kematian,

“Angka kes semakin meningkat dengan pantas sehingga ianya membebankan sistem kesihatan di seluruh dunia,” ujarnya.

Beliau menambah, pemberian vaksin yang tak saksama di peringkat global turut menjadi punca kepada kewujudan varian baharu COVID-19.

Jelasnya, perkara tersebut merupakan kegagalan besar yang berlaku pada tahun lalu.

“Alpha, Beta, Delta, Gamma dan Omicron mencerminkan kadar vaksinasi yang rendah,Wala

“Malah, situasi sebegini telah menggalakkan lagi percambahan varian baharu COVID-19,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply