Home SemasaGlobal Kapal selam Rusia langgar kapal perang Britain

Kapal selam Rusia langgar kapal perang Britain

by M.Daim

LONDON, 7 Jan – Kapal selam Rusia dilaporkan telah berlanggar dengan kapal perang Tentera Laut Britain, HMS NORTHUMBERLAND.

Perkara tersebut disahkan oleh Kementerian Pertahanan United Kingdom.

“HMS Northumberland telah menjejak kapal selam tersebut sebelum ia melanggar kelengkapan sonar kapal,

“Kejadian berlaku di perairan Atlantik Utara lewat tahun 2020 dan dirakam oleh kru televisyen yang sedang merakam siri dokumentari Warship: Life at Sea,” lapor BBC.

Dalam kejadian tersebut, HMS Northumberland sedang menunda Towed Array Sonar (TAS) ketika menjejak kapal selam Rusia.

Periskop kapal selam tersebut telah dikesan oleh helikopter Tentera Laut UK.

“Kapal selam tersebut kemudiannya menyelam dan terlanggar TAS yang dikendalikan HMS Northumberland,” kata laporan itu.

Menurut BBC, kapal frigat HMS Northumberland terpaksa berpatah balik ke Scotland bagi mendapatkan TAS yang baharu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply