Home Pertahanan dan Keselamatan ATM tahan 7 PATI Indonesia ceroboh masuk Sabah

ATM tahan 7 PATI Indonesia ceroboh masuk Sabah

by Air Times News Network

TAWAU, 7 Jan – Seramai 7 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia cuba meloloskan diri masuk ke Sabah gagal apabila berjaya ditahan oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia dalam Operasi Benteng (Op Benteng) di Kampung Kurnia Jaya, semalam.

Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2), Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata, kejayaan tersebut hasil tindakan pantas Tim Quick Reaction Force (QRF) apabila menerima maklumat daripada penduduk kampung mengenai kehadiran PATI yang menaiki sebuah kenderaan MPV.

“Tim QRF berjaya mengesan kenderaan tersebut dan mengekorinya sehingga ke Terminal Bas Tawau,

“Apabila kenderaan menyedari kehadiran Tim QRF, pemandu MPV bertindak menurunkan kesemua penumpang dan memecut laju bagi mengelakan diri daripada ditahan,

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua PATI terdiri daripada lelaki dewasa berusia di antara 22 hingga 80 tahun serta cuba memasuki Malaysia untuk mendapatkan peluang pekerjaan di Sabah,” katanya.

Sementara itu, hasil siasatan dijalankan mendapati kesemua PATI memasuki ke negara menggunakan bot yang telah diaturkan oleh agen dari Pulau Sebatik menuju ke Tawau.

“Seterusnya PATI diambil oleh agen di Tawau untuk terus dihantar ke Terminal Bas Tawau sebelum bergerak ke destinasi masing-masing,

“Kesemua PATI yang ditahan akan diserahkan ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Tawau bagi saringan COVID-19 dan tindakan selanjutnya,” ujarnya. – airitmes.my

Related Articles

Leave a Reply