Home SemasaGlobal Korea Utara uji peluru berpandu hipersonik, gempur sasaran sejauh 700 km

Korea Utara uji peluru berpandu hipersonik, gempur sasaran sejauh 700 km

by M.Daim

SEOUL, 6 Jan – Korea Utara hari ini mengesahkan pihaknya telah melakukan ujian penembakan peluru berpandu hipersonik.

“Peluru berpandu hipersonik yang dilancarkan telah berjaya mengenai sasaran sejauh 700 kilometer,

“Ujian penembakan ini menunjukkan keupayaan kawalan dan penerbangan peluru berpandu yang stabil,” lapor Yonhap yang memetik kenyataan media Korea Utara, Korean Central News Agency (KCNA).

Semalam, Tentera Korea Selatan melaporkan Korea Utara telah melancarkan peluru berpandu balistik ke kawasan Laut Jepun.

Korea Utara mula menguji penembakan peluru berpandu hipersonik , Hwasong-8 pada September tahun lalu.

Peluru berpandu hipersonik lazimnya terbang 5 kali ganda kelajuan bunyi (Mach 5) atau 6,125 kilometer sejam. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply