Home Semasa Saham yang dibeli adalah milik adik Azam Baki – Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah

Saham yang dibeli adalah milik adik Azam Baki – Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 5 Jan – Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) berpuas hati dengan penjelasan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berhubung isu pemilikan saham yang didakwa milik beliau.

Pengerusi LPPR, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, pada 24 November lalu, panel lembaga telah memanggil Azam untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu tersebut.

Hasil siasatan yang dibuat, saham tersebut adalah milik Nasir Baki iaitu adik kepada Azam.

Nasir telah menggunakan akaun Azam untuk membeli saham berkenaan pada 2015.

Dalam pertemuan itu, Azam turut menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai kepentingan dalam pemilikan saham-saham berkenaan.

“Pada masa yang sama, pembelian saham-saham tersebut dibuat di pasaran terbuka dan tiada sebarang percanggahan kepentingan bagi pembelian saham-saham berkenaan pada tahun 2015,

“Walau bagaimanapun, kesemua saham-saham tersebut telah dipindahkan semula kepada adiknya (Nasir) dalam tahun berkaitan (2015),

“Justeru, LPPR berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan dan mendapati tiada sebarang perlakuan jenayah atau konflik kepentingan dalam perkara tersebut,” kata Abu Zahar pada sidang media, hari ini. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply