Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin gagalkan penyeludupan minyak di Semporna

Polis Marin gagalkan penyeludupan minyak di Semporna

by Air Times News Network

SEMPORNA, 5 Jan – Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna berjaya mengagalkan cubaan penyeludupan minyak petrol ke negara jiran dikawasan Tanjung Menimpa, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, Deputi Superintendan Polis Mohamad Ismail berkata, pasukannya telah menahan sebuah bot laju yang dijurangi seorang lelaki berusia 24 tahun.

“Hasil pemeriksaan mendapati telah menjumpai beberapa jeriken berisi minyak petrol yang disyaki cuba seludup ke negara jiran,

“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM25,800.00. Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Mohamad Ismail menjelaskan, kesemua minyak petrol beserta bot tersebut ditahan dan dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, pihaknya mengalu-alukan maklumat dari seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply