Home Pertahanan dan Keselamatan Maritim Malaysia tawan kapal hantu, elak kemalangan besar di pelantar minyak

Maritim Malaysia tawan kapal hantu, elak kemalangan besar di pelantar minyak

by M.Daim

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=PNQ8m3BJlOk[/embedyt]

 

PUTRAJAYA, 5 Jan – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah berjaya menemui kapal yang hanyut tanpa kru di perairan Kuala Terengganu, semalam.

Menurut Maritim Malaysia, anggota Pasukan Tindakan Khas (PTK) telah diturunkan dari helikopter AW139 ke kapal WINPOSH RAMPART pada pukul 3.30 petang semalam.

“Kapal Winposh Rampart sedang ditunda oleh kapal ICON LOTUS dan dalam perjalan menghala ke Kemaman Supply Base, Terengganu,

“Perjalanan dijangka mengambil masa hampir 65 jam,” katanya.

Istilah kapal hantu adalah merujuk situasi kapal yang sedang hanyut dan tidak mempunyai kru untuk mengendalikannya.

Semalam, Maritim Malaysia mengesahkan insiden kapal hantu berlaku di 120 batu nautika dari Kuala Terengganu.

Winposh Rampart hanyut ke perairan Malaysia selepas terputus tali tunda di perairan Vietnam, kelmarin.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som dalam satu kenyataan berkata, penilaian risiko oleh pihaknya mendapati kapal sepanjang 72 meter itu mengancam keselamatan operasi pelantar minyak milik Petronas.

“Winposh Rampart berpotensi melanggar pelantar minyak Telok A milik Petronas dan boleh mengakibatkan pelantar minyak tersebut meletup serta melibatkan kemalangan nyawa sekiranya tiada bantuan awal diberikan,” katanya.

Lantaran daripada itu, Maritim Malaysia mengkoordinasikan bantuan bersama Petronas bagi mencari dan menunda kapal terbabit. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply