Home SemasaGlobal Rusia berjaya uji sistem pertahanan udara S-550

Rusia berjaya uji sistem pertahanan udara S-550

by Air Times News Network

MOSCOW, 30 Dis – Rusia berjaya menguji sistem pertahan udara S-550, pada Rabu.

Menurut agensi berita Rusia, TASS berkata, sumber Kementerian Pertahanan memaklumkan bahawa sistem pertahanan udara itu mampu menembak kapal angkasa, kenderaan peluru berpandu balistik dan sasaran hipersonik pada ketinggian puluhan ribu kilometer.

“Sistem pertahanan udara S-550 pertama telah memasuki tugas pertempuran, kata sumber itu,

“Peluru berpandu dan sistem pertahanan udara komprehensif Rusia sekarang terdiri dari sistem Pantsir untuk ketinggian rendah, kumpulan sistem S dari S-350 hingga S-500 untuk sasaran jarak jauh, dan S-550 bagi pertahanan di luar angkasa,” tambah sumber itu yang dipetik agensi berita Anadolu.

Pada 15 November, ketua syarikat teknologi Rusia, Rostec, Sergey Chemezov berkata, S-550 akan mempunyai kemampuan mengesan sasaran jarak jauh dan mampu memintas peluru berpandu. – airtimes.my

 

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply