Home Pertahanan dan Keselamatan “Ya, memang itu trak milik ATM, siang malam redah banjir” – Hishammuddin

“Ya, memang itu trak milik ATM, siang malam redah banjir” – Hishammuddin

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 28 Dis – “Ya, memang itu trak milik ATM. Siang malam redah banjir,” kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata demikian susulan sebuah video yang tular di media sosial yang menunjukkan trak milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meredah banjir untuk membawa mangsa dan membantu menghantar barang keperluan.

“Bawa mangsa yang terjejas. Angkut makanan dan barang keperluan. Setiap risiko dihadapi dengan berani dan berhati-hati,” ujarnya dalam hantaran di media sosialnya hari ini.

Menurut Hishammuddin, banyak aset ATM telah diaturgerak yang melakukan perkara sama di semua kawasan yang terjejas banjir.

“Ini baru satu kebetulan dirakam orang ramai. Sebenarnya, banyak lagi aset ATM yang melakukan perkara sama di semua kawasan yang dilanda banjir,

“Terima kasih pemilik video, doakan dan hargai pengorbanan anggota ATM. Mereka tak minta dihargai tetapi mereka memang layak dihargai,” jelasnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply