Home Semasa Malaysia tarik balik sekatan perjalanan 8 buah negara

Malaysia tarik balik sekatan perjalanan 8 buah negara

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 28 Dis – Kerajaan menarik balik sekatan perjalanan sementara ke atas 8 buah negara yang dilaksanakan sebelum ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, 8 negeri itu adalah Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Zimbabwe dan Malawi.

“Penarikan semula sekatan perjalanan terhadap 8 negara di selatan Afrika yang merupakan lokasi awal varian Omicron dikesan, sehingga menyebabkan wabak itu sudah merebak ke banyak negara lain,

“Kesemua negara tersebut kekal dalam senarai negara yang berisiko tinggi, dengan pelawat dari negara-negara itu akan dikenakan sekatan tambahan ketika ketibaan mereka,

“Kesemua 8 buah negara ini akan dimasukkan ke dalam senarai negara berisiko tinggi, menjadikan jumlah negara yang berisiko tinggi kini adalah 18 buah,” jelasnya dalam sidang media, hari ini.

Beliau menjelaskan, varian Omicron kini sudah mula disebarkan dari negara lain dan keadaan semasa berkenaan jangkitan varian di negara-negara rantau tersebut telah berkurangan.

Justeru, pihak kerajaan meminta semua pihak untuk menangguhkan kesemua perjalanan yang tidak perlu ke 18 negara ini selain mereka yang pulang dari negara-negara yang disenarai tersebut akan diminta untuk menjalankan kuarantin kendiri di rumah.

“Dalam masa yang sama, mereka yang berkenaan akan dipakaikan gelang peranti digital yang akan dipakaikan semasa mereka memasuki negara,” tambahnya.

Pada masa yang sama, Khairy menjelaskan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memaklumkan kepada syarikat pelancongan yang menguruskan pakej perjalanan umrah agar memastikan kesemua rakyat Malaysia yang ingin menunaikan umrah untuk mendapatkan dos vaksin penggalak sebelum melaksanakan umrah mereka. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply