Home Semasa Kanak-kanak perempuan antara 48 mangsa korban banjir

Kanak-kanak perempuan antara 48 mangsa korban banjir

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seramai 48 orang telah menjadi korban akibat bencana banjir di seluruh negeri, sehingga kini, manakala 5 lagi masih hilang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Selangor kekal dengan 25 mangsa, selain Pahang (20 mangsa) dan Kelantan (3 mangsa).

“Mangsa di Selangor melibatkan 17 lelaki dan 8 wanita, sementara di Pahang melibatkan 14 lelaki dan 4 wanita serta 2 kanak-kanak lelaki.

“Mangsa di Kelantan melibatkan 2 lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?