Home Pertahanan dan Keselamatan 63 penuntut MPAT terima diploma di PUSPAHANAS

63 penuntut MPAT terima diploma di PUSPAHANAS

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 23 Dis – Seramai 63 pegawai kanan anggota tentera yang berpangkat Leftenan Kolonel dan Kolonel menerima Diploma dari Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) siri 41/2021 selepas setahun kursus pengajian, hari ini.

Majlis penyampaian diploma dan penutup ini telah di sempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM yang berlangsung di Auditorium Utama, Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Putrajaya, hari ini.

“Kursus ini merupakan program kerjasama strategik diantara MPAT dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menawarkan Ijazah Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan) kepada peserta yang terlibat,

“Kursus ini telah bermula pada 4 Januari yang lalu ianya merupakan kali kedua dilaksanakan di PUSPAHANAS,

“Kesemua 63 orang peserta kursus telah berjaya menamatkan pengajian dengan 43 orang peserta mendapat keputusan lulus dengan cemerlang dan tersenarai didalam Commandant’s List,

“Manakala, seramai 20 orang telah berjaya mendapat keputusan lulus dengan kepujian,” katanya dalam ucapan Majlis Penutup dan Penyampaian Diploma Maktab Pertahanan Angkatan Tentera, di sini hari ini.

Dalam pada itu, 36 orang peserta kursus turut disenaraikan didalam Dekan UKM.

“Kursus berkenaan disertai 32 pegawai Tentera Darat Malaysia (TDM), 11 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), 11 tentera Udara Diraja Malaysia serta seorang dari Pegawai Tadbir Diplomatik dari Kementerian Pertahanan dan 8 orang pegawai dari 7 buah negara,

“Objektif bagi kesemua peserta untuk meningkatkan mutu profesionalisme serta kecekapan semua perkhimatan kerajaan sama ada perkhimatan awam mahupun tentera agar dapat membantu dalam usaha pembangunan, keselamatan dan pertahanan negara,” ujarnya.

Pada majlis berkenaan, Leftenan Kolonal Ir. Suthan Venkatachalam telah dipilih peserta Kursus Terbaik Keseluruhan, manakala Leftenan Kolonal Norhisham Hassan dianugerahkan Kertas Kajian Terbaik.

“Anugerah Akademik Terbaik telah disandang oleh Senior Lieutenant Colonol Fan Mun Poh dari Tentera Darat Singapura dengan memperolehi PNGK 4.0,” jelasnya. -airitmes.my

Related Articles

Leave a Reply