Home Pertahanan dan Keselamatan Malaysia rancang peroleh 33 buah F/A-18C/D dari Kuwait

Malaysia rancang peroleh 33 buah F/A-18C/D dari Kuwait

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz hari ini menyatakan kerajaan Malaysia telah merancang untuk memperoleh sebanyak 33 buah Pesawat F/A-18 C/D Tentera Udara Kuwait.

Beliau menambah, jet pejuang yang dioperasikan oleh angkatan udara negara teluk itu masih dalam keadaan baik dan mempunyai waktu jam operasi yang rendah berbanding F/A-18D yang dioperasikan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia.

“Perolehan yang dirancang adalah berbentuk Lock, Stock and Barrel  (lengkap) sebanyak 33 buah Pesawat F/A-18 C/D Tentera Udara Kuwait,

“Kerajaan Kuwait dijangka akan melucut tauliahkan pesawat F/A-18C/D setelah menerima dan mengoperasikan pesawat terbaharu F/A-18E/F (Super Hornet) dari  Amerika Syarikat,” kata Ikmal di Dewan Negara, hari ini.

Pada masa yang sama, beliau menyatakan inisiatif perolehan ini masih menunggu perbincangan antara kerajaan Kuwait dan Malaysia.

“Inisiatif ini masih menunggu perbincangan di antara kedua buah negara atau di peringkat Government to Goverment,

“Sekiranya inisiatif ini berjaya direalisasikan, sudah pasti ianya akan meningkatkan tahap kesiagaan dan keupayaan TUDM dalam menjaga ruang angkasa negara,” ujarnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply