Home Semasa Banjir: 17 kematian di rekodkan di Selangor

Banjir: 17 kematian di rekodkan di Selangor

by Nurulhuda

SHAH ALAM, 21 Dis – Sebanyak 17 kematian direkodkan di 3 daerah yang terjejas akibat banjir yang melanda Selangor sejak Jumaat lalu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebanyak 10 kematian direkodkan di daerah Klang, 3 di Hulu Langat dan 4 di Sepang.

“Mewakili pentadbiran kerajaan negeri Selangor, saya ingin mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang kehilangan nyawa akibat tragedi ini,

“Malah, ada sukarelawan yang turut meninggal dunia dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR),

“Kami berharap, mereka semua bersabar dengan cubaan dan dugaan ini,” katanya dalam satu sidang media berhubung situasi semasa banjir di Selangor, hari ini.

Amirudin menjelaskan, pihaknya kini juga sedang mengenal pasti punca kematian melibatkan kesemua mangsa.

“Mungkin mangsa meninggal dunia disebabkan lemas akibat banjir, tetapi mungkin ada jug kematian disebabkan perkara-perkara lain,” ujarnya.

Sehingga pagi tadi, sebanyak 203 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di 9 Daerah seluruh Negeri Selangor yang menempatkan 30,632 individu mangsa banjir. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?