Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis Marin gagalkan cubaan seludup barang kawalan ke negara jiran – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin gagalkan cubaan seludup barang kawalan ke negara jiran

Polis Marin gagalkan cubaan seludup barang kawalan ke negara jiran

by Air Times News Network

SEMPORNA, 15 Dis – Pasukan Polis Marin (PPM) telah menahan sebuah pam bot yang berisi muatan minyak masak dan petrol disyaki cuba diseludup masuk ke negara jiran di kawasan Pulau Pom-Pom, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, Deputi Superintanden Polis Mohamad Ismail berkata, pasukanya sedang melaksanakan rondaan di kawasan Laut Utara Pulau Pom-Pom Semporna dan menahan sebuah pam bot yang dijurangi seorang lelaki berusia 55 tahun dan seorang anak perahu berusia 44 tahun.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa jeriken berisi minyak petrol tanpa sebarang dokumen,

“Kesemua minyak petrol dan minyak masak beserta bot ditahan dan dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut,

“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM9,111.25, kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” kayanya

Dalam pada itu, pihaknya sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang negara. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?