Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Bunyi letupan: Jangan cemas, PASKAL laksana latihan selamatkan tebusan

Bunyi letupan: Jangan cemas, PASKAL laksana latihan selamatkan tebusan

by Nurulhuda

LUMUT, 13 Dis – Orang ramai di Teluk Muruh dinasihatkan agar tidak cemas dan risau sekiranya mendengar bunyi tembakan atau letupan di kawasan mereka.

Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat dalam satu kenyataan menjelaskan, pihaknya sedang melaksanakan latihan praktikal Menyelamat Tebusan bagi Kursus Tempur Jarak Dekat Pasukan Khas Laut (PASKAL) siri PKL/25/TJD/21 di sekitar simpang empat Bukit Permata, Jalan Teluk Muruh.

Latihan tersebut diadakan pada 17 Disember 2021 (Jumaat) bermula jam 10.30 hingga 11.30 pagi di Pusat Latihan PASKAL iaitu KD PANGLIMA GARANG.

“Kepada penduduk sekitar dan orang awam, dimohon agar tidak cemas sekiranya mendengar sebarang bunyi tembakan atau letupan pada tarikh dan waktu dinyatakan,

“Orang awam juga dinasihati agar tidak mendekati kawasan latihan serta menyebarkan sebarang spekulasi kerana ia merupakan siri latihan sahaja,” tambahnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply