Home SemasaGlobal Australia belanja AUS$1 bilion beli sistem artileri buatan Korea Selatan

Australia belanja AUS$1 bilion beli sistem artileri buatan Korea Selatan

by M.Daim

CANBERRA, 13 Dis – Kerajaan Australia telah meterai kontrak pertahanan bernilai AUS$ 1 bilion (RM 3.019 bilion) untuk membeli sistem artileri dorong kendiri (SPH) buatan Korea Selatan.

Jabatan Pertahanan Australia dalam satu kenyataan berkata, kontrak tersebut merangkumi pembelian 30 buah K9 Thunder keluaran Hanwha.

“Kontrak ini turut merangkumi perolehan 15 buah kenderaan logistik K-10 dan sistem radar,” kata kenyataan itu.

Kesemua kenderaan terbabit akan dihasilkan di Australia.

Kontrak perolehan dimeterai di antara Hanwha Defense dan Tentera Darat Australia. Ia disaksikan oleh Perdana Menteri Australia, Scott Morrison dan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in.

Dalam kenyataan yang sama, Morrison menegaskan kontrak terbaharu itu mempertingkatkan kerjasama strategik antara Canberra dan Seoul.

Tambahnya, perolehan ini juga akan mempertingkatkan kegiatan ekonomi dan peluang pekerjaan di negara benua itu.

“Kontrak ini akan memberikan kira-kira 300 peluang pekerjaan dan menggerakkan industri pertahanan Australia sehingga 2040,” katanya.

K9 Thunder merupakan sistem artileri SPH yang dihasilkan oleh syarikat Korea Selatan, Hanwha Defense.

Sistem artileri ini menggunakan laras meriam 155mm dan mampu untuk menggempur sasaran dalam lingkungan 18 kilometer(km) hingga 54 km. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply