Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan 5 nelayan Vietnam, rampas 50kg gamat

APMM tahan 5 nelayan Vietnam, rampas 50kg gamat

by Nurulhuda

PASIR PUTIH, 8 Dis – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan 5 nelayan asing sedang merompak hasil laut negara iaitu seberat 50 kilogram (kg) gamat di perairan negeri ini pada Isnin.

Pengarah APMM Negeri Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata, nelayan asing itu ditahan oleh anggota yang sedang melaksanakan Operasi Khas Kuda Laut, Operasi Khas Naga Barat dan Operasi Damai di perairan tersebut.

Beliau berkata, nelayan berusia 17 hingga 34 tahun itu ditahan pada jarak 41.2 batu nautika dari muara Tok Bali sekitar jam 10.40 malam.

“Semasa melakukan rondaan, 2 aset APMM Kelantan iaitu Kapal Maritim (KM) Jujur dan bot ronda APMM Kelantan telah mengesan bot nelayan berwarna hijau pada jam 6.50 petang sedang bergerak dalam keadaan mencurigakan pada jarak lebih kurang 8.9 batu nautika daripada sempadan negara Thailand,

“Bot tersebut cuba melarikan diri menuju ke sempadan perairan Thailand. Selepas hampir 3 jam mengejar, bot suspek akhirnya berhenti dan pasukan geledah segera menaiki dan menahan bot tersebut pada 10.40 malam,

“Pemeriksaan mendapati, bot merupakan bot nelayan asing Vietnam dengan 5 kru termasuk tekong merupakan warga Vietnam yang berumur antara 17 hingga 34 tahun itu tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” jelasnya menerusi hantaran di media sosial APMM, malam tadi.

Menurutnya, tekong juga gagal mempamerkan sebarang dokumen kebenaran melakukan aktiviti perikanan di perairan Malaysia. Bot dan kesemua mereka ditahan serta dibawa ke Jeti APMM Kelantan.

“Bot dan peralatan menangkap ikan juga boleh dilucut hak kepada kerajaan Malaysia jika sabit kesalahan,

“Semua kru telah disahkan negatif COVID-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),

“Nilai rampasan termasuk bot, gamat lebih kurang 50 kilogram, bahan bakar diesel lebih kurang 1000 liter dan peralatan menangguk gamat dianggarkan berjumlah RM400 ribu,” tambahnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply