Home Pertahanan dan Keselamatan 2 individu ditahan, Polis Marin rampas minuman keras bernilai RM200 ribu

2 individu ditahan, Polis Marin rampas minuman keras bernilai RM200 ribu

by Nurulhuda

BEAUFORT, 8 Dis – Cubaan 2 rakan penyeludup minuman keras tidak bercukai ke tanah besar Sabah dari Labuan berjaya dipatahkan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) dalam operasi yang dijalankan di Pekan Menumbok, semalam.

Pegawai Pemerintah PPM Labuan, Asisten Superintendan Saidul Maruf Rosli berkata, operasi yang dijalankan jam 12 tengah hari itu berjaya menahan seorang lelaki dan wanita berusia 40 dan 37 tahun bersama minuman keras yang dianggarkan bernilai RM200,000.

Beliau berkata, ketika ditahan, pemeriksaan terhadap kedua-dua kenderaan membawa kepada penemuan sejumlah minuman keras pelbagai jenis tidak bercukai.

“Kesemua minuman itu disyaki cuba diseludup ke tanah besar Sabah dan nilai rampasan minuman keras termasuk 2 buah kenderaan dianggarkan berjumlah RM210,594.00,” jelasnya dalam kenyataan, hari ini.

Saidul Maruf berkata, tangkapan dan barang rampasan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort untuk tindakan lanjut.

“Kes ini disiasat dibawah Akta Kastam 1967,” tambahnya.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply