Home Semasa Polis tubuh unit khas siasat kes kematian dalam tahanan

Polis tubuh unit khas siasat kes kematian dalam tahanan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 6 Dis –  Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin hari ini menyatakan Polis Diraja Malaysia telah menubuhkan Unit Siasatan Jenayah Dan Kematian dalam Tahanan (USJKT).

Menurut beliau, unit ini akan beroperasi mulai 1 Januari 2022.

“Semua kes kematian tahanan akan disiasat oleh USJKT dari Bukit Aman. Penyiasatan akan tertumpu kepada ketelusan serta mengenal pasti unsur jenayah,

“Selain daripada itu, siasatan turut merangkumi aspek kecuaian dan pematuhan prosedur operasi standard,” kata Hamzah semasa sidang media di Pusat Latihan Polis, hari ini.

Beliau menambah, unit yang diletakkan di bawah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM ini akan diketuai oleh seorang pegawai berpangkat superitenden, 12 anggota polis dan seorang penjawat awam.

Menurutnya, usaha ini adalah salah satu langkah untuk mempertingkatkan lagi integriti dan imej polis. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply