Home Pertahanan dan Keselamatan 50 ahli, balu veteran ATM terima rawatan mata

50 ahli, balu veteran ATM terima rawatan mata

by Nurulhuda

LUMUT, 6 Dis – Seramai 50 ahli dan balu veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mendapatkan pemeriksaan kesihatan serta rawatan di 96 Hospital Angkatan Tentera (HAT) Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, hari ini.

Markas ATM menerusi hantaran di media sosialnya berkata, Program Saringan Penyakit Mata ini telah dianjurkan oleh 96 HAT bersama Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PVTTB) Malaysia Bahagian Pulau Pinang.

Menurutnya, program kesihatan sebegini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos rawatan mereka berbanding mendapat rawatan di pusat rawatan luar dengan perbelanjaan sendiri.

“Kebajikan veteran ATM yang tidak berpencen turut tidak dilupakan terutama melibatkan aspek penjagaan kebajikan mereka,

“Justeru, dengan kemudahan rawatan dan perubatan yang disediakan di 96 HAT Lumut, Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PVTTB) Malaysia Bahagian Pulau Pinang dengan kerjasama hospital berkenaan telah menganjurkan Program Saringan Penyakit Mata pada hari ini,

“Seramai 50 ahli dan balu veteran persatuan berkenaan telah dibawa ke Dewan Bungaraya, Asrama Jururawat 96 HAT TLDM Lumut untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan sewajarnya,” jelasnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply