Home Pertahanan dan Keselamatan Polis serbu rumah teres jadi stor rokok seludup di Klang

Polis serbu rumah teres jadi stor rokok seludup di Klang

by Air Times News Network

KLANG, 5 Dis – Pasukan Polis Marin (PPM) telah menyerbu sebuah rumah teres yang dijadikan stor penyimpanan rokok seludup di Taman Overseas Union, Jalan Klang Lama, kelmarin.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, serbuan dilakukan hasil intipan pasukannya di Pelabuhan Klang terhadap sebuah kenderaan jenis Proton Persona yang baru selesai menghantar rokok tidak bercukai di kawasan Telok Gong.

“Pasukan serbuan kemudiannya telah mengekori kereta itu dari Jalan Telok Gong sehingga diparkir di sebuah rumah di Taman Overseas Union Jalan Klang Lama,

“Serbuan dilakukan pada jam 3.30 pagi dan berjaya merampas merampas 6,910 karton pelbagai jenis rokok dianggarkan RM759,434.88 termasuk cukai, namun tiada tangkapan dilakukan,

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati penghuni dipercayai telah melarikan diri melalui pintu belakang terbuka,” katanya.

Tambahnya lagi, berdasarkan siasatan awal mendapati rumah tersebut telah disewa oleh sindiket dan rokok berkenaan dipercayai untuk pasaran sekitar Lembah Klang.

“Pemantau dilakukan selama sebualan ke atas sindiket dan mereka bergiat aktif menggunakan pelbagai jenis kenderaan bagi tujuan pengedaran,

“Sindiket juga dipercayai mempunyai banyak lokasi yang dijadikan stor transit,” ujarnya.

Katanya, nilai rampasan keseluruhan termasuk sebuah kenderaan jenis Proton Persona dianggarkan RM 779,434.88.

“Kesemua rampasan dibawa ke Pangkalan PPM Pelabuhan Klang untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen Akta Kastam 1967,” jelasnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply