Home Sejarah Kes pertama Omicron dikesan di Malaysia

Kes pertama Omicron dikesan di Malaysia

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=kLpvfS9pUWw[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Kes pertama positif varian yang dibimbangi (VOC) Omicron telah dikesan di Malaysia melibatkan seorang pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November lalu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, kes tersebut merupakan seorang pelajar di sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak dan telah menjalani ujian RT-PCR COVID-19 setibanya di pintu masuk antarabangsa KLIA.

“Kes telah diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) serta menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh,

“Perjalanan kes dari KLIA ke Ipoh adalah menggunakan bas yang disediakan khas oleh pihak universiti,

“Kes menjalani kuarantin seorang diri di penginapan tersebut dan berdasarkan siasatan yang dijalankan, beliau patuh kepada perintah yang dikeluarkan,” katanya dalam sidang media pada Jumaat.

Menurutnya, Institut Perubatan (Institute for Medical Research -IMR) telah mengesahkan sampel ujian saringan tersebut positif COVID-19 dengab CT Value 26.68 pada 20 November 2021.

“Kes meneruskan pengasingan di rumah yang sama selama 10 hari dan diberi pelepasan pada 29 November lalu,” ujarnya.

Tambah Khairy, pengesanan kontak rapat telah dijalankan ke atas semua penumpang bas dan pemandu iaitu seramai 5 orang.

“Mereka telah menjalani saringan ujian COVID-19 dan dikuarantin wajib,

“Ujian sampel pertama dan kedua ke atas semua kontak rapat disahkan negataif,” jelasnya.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply