Home Semasa Bank Negara, semua bank di KL beroperasi esok

Bank Negara, semua bank di KL beroperasi esok

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan semua bank termasuk cawangan-cawangannya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan dibuka serta beroperasi seperti biasa esok.

BNM dalam kenyataan berkata, sehubungan itu, urus niaga pasaran kewangan dalam pasaran pertukaran asing, pasaran wang dan bon melalui kaunter juga akan terus beroperasi pada hari tersebut.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan pada Jumaat diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan bagi 3 wilayah iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Pengiisytihar tersebut dibuat, susulan kemenangan KL City FC menjuarai Piala Malaysia selepas menewaskan Johor Darul Ta’azim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selesa.

Namun, Bursa Malaysia Berhad dalam kenyataan berkata, bursa dan anak syarikatnya akan ditutup esok sempena cuti umum Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Bursa Malaysia dan anak syarikatnya akan kembali beroperasi pada Isnin, 6 Disember ini,” katanya. – airtimes.my

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply