Home Semasa Piala Malaysia 2021: KL City menang, 3 wilayah cuti Jumaat ini

Piala Malaysia 2021: KL City menang, 3 wilayah cuti Jumaat ini

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan cuti kelepasan am tambahan bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada Jumaat ini, 3 Disember 2021.

Ia susulan kejuaraan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) dalam final TM Piala Malaysia 2021 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

“Susulan kemenangan itu, adalah dimaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju supaya hari Jumaat ini (3 Disember 2021) diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan bagi 3 wilayah iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan,

“Pengisytiharan Hari Kelepasan Am Tambahan ini dibuat selaras dengan subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Wilayah Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Tambah beliau, kemenangan KL City FC semalam adalah pencapaian terbaik pasukan itu setelah 32 tahun penantian untuk menjuarai Piala Malaysia yang mana kali terakhir kemenangan pada tahun 1989. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply