Home Semasa 10,000 Pakej Penjagaan COVID-19 kepada Keluarga Malaysia B40 mula diedar

10,000 Pakej Penjagaan COVID-19 kepada Keluarga Malaysia B40 mula diedar

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang melaksanakan proses penghantaran Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) kepada Keluarga Malaysia B40 di seluruh negara.

KKM menerusi hantaran di laman sosialnya berkata, setiap keluarga akan menerima 4 unit kit ujian kendiri COVID-19, satu unit oximeter, satu unit termometer, 4 unit pelitup muka dan risalah panduan penggunaan bagi peralatan kesihatan berkenaan.

“Sebanyak 10,000 unit kotak PPC telah diedarkan bermula semalam,

“Penghantaran tersebut dibuat secara berperingkat dan akan diserahkan kepada Pos Malaysia bagi proses penghantaran kepada 3.6 juta keluarga Malaysia diseluruh negara,” katanya dalam kenyataan

Tambahnya lagi, bantuan ini juga bertujuan untuk meringankan beban kewangan dan perbelanjaan isi rumah bagi melatih diri membudayakan norma baharu.

“Sekali gus membantu melindungi keluarga mereka daripada jangkitan virus COVID-19,”ujarnya. – airtimes.my

#AirTimes #KKM #COVID19 #B40

Related Articles

Leave a Reply