Home Pertahanan dan Keselamatan Kapal TLDM iring LCS di Selat Melaka

Kapal TLDM iring LCS di Selat Melaka

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 29 Nov – Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD LEKIR dan KD LEKIU laksana pelayaran bersama mengiringi kapal tempur pesisir (Littoral Combat Ship, LCS)  Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) di Selat Melaka.

Melalui perkongsian oleh US Navy, pelayaran formasi tersebut dilaksanakan pada 27 November lalu dan merupakan sebahagian daripada latihan bersama US Navy-TLDM, Maritime Training Activity (MTA) Malaysia 2021.

Kapal LCS, USS TULSA (LCS16) merupakan salah satu aset angkatan AS  yang menyertai MTA Malaysia 2021.

“MTA Malaysia 2021 merupakan kesinambungan 27 tahun hubungan maritim antara US Navy dan TLDM dalam mendukung tingkat upaya secara bersama,

“Ini bagi memastikan keselamatan dan kestabilan maritim serantau,” kata US Navy. – airtimes.my

Galeri Gambar:

Related Articles

Leave a Reply