Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat cekup PATI Myanmar ingin pulang ke negara asal

Tentera Darat cekup PATI Myanmar ingin pulang ke negara asal

by Nurulhuda

BUKIT KAYU HITAM, 27 Nov 2021 – Hasrat seorang Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) warga Myanmar untuk pulang ke negara asal melalui lorong tikus gagal, apabila ditahan oleh anggota Tentera Darat Malysia (TDM) di kawasan Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam.

Markas Briged Keenam Infantri Malaysia (6 Bgd) menerusi hantaran di media sosialnya berkata, penahanan dibuat oleh anggota pasukan  Batalion Ke-16 Rejimen Askar Melayu Diraja (16 RAMD) yang sedang melakukan rondaan Operasi Benteng (Op Benteng) di kawasan berkenaan pada 24 November lalu.

“Hasil daripada pemeriksaan awal, PATI tersebut dipercayai ingin pulang ke Myanmar menggunakan laluan sempadan antarabangsa Malaysia-Thailand dengan menggunakan laluan tidah sah”, ujarnya.

PATI tersebut telah diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

Dalam masa yang sama, 6 Bgd menjelaskan, pihaknya akan sentiasa bersiap siaga dan meningkatkan kesiagaan serta tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba melakukan jenayah rentas sempadan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply