Home SemasaGlobal Varian baharu COVID-19: Britain sekat penerbangan dari 6 negara Afrika

Varian baharu COVID-19: Britain sekat penerbangan dari 6 negara Afrika

by M.Daim

LONDON, 26 No – Pihak berkuasa kesihatan United Kingdom telah mengeluarkan amaran perjalanan 6 negara berikutan kewujudan varian baharu wabak COVID-19.

Negara yang tersenarai dalam amaran perjalanan adalah Afrika Selatan, Botswana, Lesotho, Eswatini, Zimbabwe dan Namibia.

Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UK Health Security Agency, UKHSA) dalam satu kenyataan berkata, penerbangan komersial dan persendirian dari kesemua negara terbabit akan disekat berkuatkuasa tengah hari Jumaat waktu tempatan.

“Kerajaan telah mengambil tindakan berjaga-jaga berikutan penemuan varian baharu COVID-19,” kata kenyataan itu.

Varian yang dikenali sebagai B.1.1.529 telah diisytiharkan sebagai varian dalam siasatan (Variant under Investigation, VUI) oleh UKHSA.

Jelasnya, varian tersebut mempunyai kadar mutasi yang luar biasa tinggi.

“Mutasi ini mengubah ciri-ciri serta tindak balas virus yang sekaligus memberi kesan kepada vaksin, rawatan serta kemampuan untuk merebak,

“Sehingga kini, tiada kes dikesan di UK. Tindakan diambil bagi melindungi kesihatan umum,” kata kenyataan itu.

Selain mengenakan sekatan perjalanan, UK turut mengarahkan rakyatnya yang pulang dari negara-negara yang tersenarai untuk menjalani kuarantin 10 hari.

“Warga asing yang tiba dari kesemua negara terbabit tidak akan dibenarkan masuk ke UK,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply