Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Op Benteng: Tentera Darat gagalkan penyeludupan 1,322 kg ketum

Op Benteng: Tentera Darat gagalkan penyeludupan 1,322 kg ketum

by Nurulhuda

KUALA NERANG, 26 Nov – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah berjaya gagalkan cubaan menyeludup 1,322 kilogram daun ketum.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Div) dalam satu kenyataan berkata, daun ketum terbabit cuba diseludup keluar ke Thailand.

Turut dirampas adalah kenderaan yang ditinggalkan oleh penyeludup selepas menyedari kehadiran kumpulan peronda TDM.

“Pada petang 24 November, tim ronda yang melakukan rondaan di sempadan Malaysia/Thailand telah berjaya merampas sejumlah kenderaan dan guni yang mengandungi daum ketum,

“Rampasan dilakukan di lokasi laluan trek menghala ke Batu Sempadan 29/190,” kata kenyataan itu.

Antara kenderaan dirampas adalah 2 kenderaan pacuan 4 roda dan 4 buah motosikal.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM 77,384.88,” jelasnya.

Tambahnya, kesemua suspek disyakki bertindak melarikan diri kearah kawasan hutan apabila menyedari kehadiran tim ronda yang sedang melakukan rondaan di kawasan berkenaan.

“Kesemua barang rampasan dibawa ke Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan selanjutnya,’” jelasnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply