Home SemasaGlobal Selepas 50 tahun beroperasi, British pindah keluar pangkalan tentera dari Kanada

Selepas 50 tahun beroperasi, British pindah keluar pangkalan tentera dari Kanada

by M.Daim

LONDON, 24 Nov – Tentera British akan meninggalkan Kanada selepas 50 tahun beroperasi di negara Amerika Utara itu.

Negara empayar di Eropah itu dijangka akan memindahkan unit latihan terbesar mereka ke kawasan rantau Timur Tengah.

Menurut laporan media British, pemindahan itu melibatkan British Army Training Unit Suffield (Batus) yang beroperasi di Alberta, Barat Kanada semenjak 1972.

“Pemindahan unit Tentera British ke Timur tengah akan membolehkan aset ketenteraan mereka untuk diaturgerak dengan cepat ke negara rakan seperti Ukraine dan Bahrain,

“Selain daripada itu, ia turut memberikan faktor cegah rintang kepada musuh berpotensi seperti Iran,” lapor The Telegraph.

Difahamkan lokasi pemindahan adalah ke kawasan berhampiran Duqm, Selatan Oman. Keputusan pemindahan BATUS ke Timur Tengah akan diumumkan oleh Setiausaha Pertahanan Britain, Ben Wallace.

“Kawasan ini dijangkan akan menempatkan lebih 400 pegawai tentera British dan menjadi kawasan latihan kepada kenderaan berperisai,

“Pemindahan ini akan memendekkan masa kepada Tentera British untuk bertindak balas terhadap apa jua krisis di kawasan Timur Tengah,

“Selain daripada itu, ia turut meningkatkan potensi penjualaan persenjataan secara eksport kepada negara pelanggan,” kata laporan itu.

Sementara itu, The Telegraph turut memetik sumber dari Kementerian Pertahanan United Kingdom yang menyatakan kem BATUS di Alberta tidak akan ditutup sebelum tahun 2023. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply