Home SemasaGlobal Presiden China gesa tingkat upaya kekuatan logistik ketenteraan

Presiden China gesa tingkat upaya kekuatan logistik ketenteraan

by M.Daim

BEIJING, 24 Nov – Presiden China, Xi Jinping menggesa pasukan tentera negara kuasa besar itu untuk mempercepatkan proses tingkat upaya kekuatan logistik mereka.

Beliau menyatakan perkara tersebut dalam satu mesyuarat yang diadakan di Beijing.

“Presiden Xi menegaskan beliau amat berharap proses pembangunan tingkat upaya sistem logistik dan pengurusan aset ketenteraan dapat dipertingkatkan dengan segera,

“Ini bagi mencapai matlamat yang digariskan sebelum pasukan tentera mencapai usia 100 tahun penubuhannya pada tahun 2027,” lapor media China, Xinhua.

Menurutnya, barisan logistik dalam pasukan tentera China telah membuktikan pembangunan kekuatan ketenteraan negara itu semenjak tahun 2012. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply