Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin usir keluar bot ceroboh perairan Sandakan

Polis Marin usir keluar bot ceroboh perairan Sandakan

by Air Times News Network

SANDAKAN, 23 Nov – Pasukan Polis Marin (PPM) mengusir keluar sebuah bot yang dinaiki oleh seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Filipina yang cuba menceroboh masuk perairan Pulau Berhala, kelmarin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah 4 Sandakan, Deputi Superintendan Polis (DSP) Rusdin Banin berkata, pengusiran tersebut dilakukan oleh sepasukan PPM dari Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sandakan, kira-kira jam 4.30 petang.

“Semasa membuat rondaan dikawasan tanggungjawab, PPM Sandakan telah mengesan bot tersebut dalam keadaan yang mencurigakan dari perairan jiran yang memasuki perairan negara sebelum ianya berjaya dipintas,

“Hasil pemeriksaan polis, mendapati seorang lelaki dewasa berada di dalam bot dan mendakwa berasal daripada Pulau Taganak Filipina,

“Bot tersebut kemudiannya di usir keluar dengan diiring sehingga keluar dari perairan negara,” katanya dalam kenyataan pada Isnin. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply