Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin gagalkan cubaan seludup keluar minyak masak, petrol

Polis Marin gagalkan cubaan seludup keluar minyak masak, petrol

by Air Times News Network

SEMPORNA, 23 Nov – Cubaan untuk seludup keluar barang kawalan gagal apabila Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna berjaya merampas sebuah bot dalam keadaan mencurigakan di Kampung Air, Semporna, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, Deputi Superintenden Polis (DSP) Mohamad Ismail berkata, hasil pemeriksaan ke atas bot berkenaan telah menemui jerikin yang mengandungi minyak petrol dan beberapa kotak minyak masak.

Beliau berkata, kesemua barang yang dijumpai dipercayai untuk diseludup keluar ke negara jiran.

“Bot dan barang kawalan ditahan dan dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk di serahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Semporna,

“Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM12,627.50,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply