Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin gagalkan cubaan seludup minyak diesel di Kota Kinabalu

Polis Marin gagalkan cubaan seludup minyak diesel di Kota Kinabalu

by Air Times News Network

KOTA KINABALU, 21 Nov – Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menahan seorang lelaki yang membawa barang kawalan minyak diesel tanpa permit di kawasan Kampung Air, Kota Kinabalu, kelmarin

Pegawai Pemerintah PPM Wilayah 4 Kota Kinabalu Sabah, Asisten Superintenden Polis Roslan Awang berkata, pasukannya sedang melaksanakan tugas risikan mendapati seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan bersama kenderaan jenis 4 roda.

“Hasil pemeriksaan mendapati lelaki berumur 27 tahun yang membawa muatan barang kawalan minyak diesel disimpan didalam beberapa buah ting drum,

“Nilai rampasan termasuk kenderaan yang digunakan bernilai RM31,250.00. Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,

“Tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply