Home Semasa PRN Melaka: SOP teratur, jadi kayu ukur PRU 15

PRN Melaka: SOP teratur, jadi kayu ukur PRU 15

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=23Ap3_nngB8[/embedyt]

 

PAYA RUMPUT 20 Nov – Perjalanan proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan menjadi kayu pengukur kepada Suruhan Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) N23 Teluk Mas, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh SPR dilihat teratur dan ianya berjalan dengan lancar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuang undi di pusat pengundian di Kompleks Sukan Negeri Melaka, hari ini.

“Saya melihat SOP di sini cukup baik dengan langkah-langkah yang diambil SPR dan saya kira ini merupakan kayu ukur untuk SPR dan pihak kerajaan dalam mengendalikan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) nanti,

“Syabas pada SPR atas pengendalian yang cukup baik dan saya yakin segala proses pengundian hari ini akan berjalan dengan lancar,” ujarnya.

Terdahulu, Mohd Rafiq selesai membuang undi di Kompleks Sukan Komuniti, Krubong bagi Pilihan Raya Negeri Melaka, pada kira-kira jam 10.0 pagi tadi.

Beliau yang juga Pengerusi PN Melaka, hadir bersama isteri, Datin Nur Farihin Farouk tiba di pusat mengundi berkenaan pada jam 9.15 pagi.

Beliau yang juga Pengerusi PN Melaka akan berdepan pertembungan 4 penjuru di DUN Telok Mas dalam PRN kali ini.

Mohd Rafiq dicabar Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dari Barisan Nasional (BN), Datuk Ashraf Mukhlis Minghat (Pakatan Harapan) dan Muhammad Ariff Adly Mohamad (Bebas). – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply