Home Pertahanan dan Keselamatan Seorang maut dalam insiden Hawk 108 terhempas – Menteri Pertahanan

Seorang maut dalam insiden Hawk 108 terhempas – Menteri Pertahanan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terkorban dalam insiden pesawat Hawk 108 terhempas di Pangkalan Udara Butterworth.

“Seorang anggota kehilangan nyawa, seorang lagi cedera. TUDM telah diarahkan segera berikan laporan lebih terperinci dan siasat punca kejadian,” kata Hishammuddin dalam satu hantaran di akaun media sosial rasminya.

Hishammuddin menambah, beliau telah dimaklumkan perkara tersebut oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad TUDM.

“Takziah kepada keluarga anggota TUDM yg maut & seorang lagi yang cedera.

“Amat sedih dan dukacita terima berita ini. Saya difahamkan anggota yang cedera telah dibawa untuk rawatan segera,” katanya.

Menteri Kanan Pertahanan menambah, beliau telah mengarahkan pihaknya untuk salur apa jua keperluan kepada anggota keluarga terlibat.

Terdahulu, TUDM mengesahkan sebuah pesawat Hawk 108 terhempas di Pangkalan Udara Butterworth. Kejadian berlaku kira-kira 10.07 malam pada 16 November. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply