Home Pertahanan dan Keselamatan ATM dan TUDM yang tentukan status operasi pesawat Hawk – Hishammuddin Hussein

ATM dan TUDM yang tentukan status operasi pesawat Hawk – Hishammuddin Hussein

by M.Daim

MELAKA, 17 Nov – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menegaskan keputusan untuk menggantung operasi pesawat Hawk adalah terletak pada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Sebelum ini pernah berlaku satu insiden berkait pesawat dan keputusan kita adalah untuk menggantung operasi. Itu bukan keputusan dari saya dan ia perlu dari  ATM dan TUDM.

Pada masa yang sama, beliau menegaskan semua pihak perlu memberi ruang kepada lembaga siasatan untuk menyiasat insiden nahas pesawat Hawk 108 yang berlaku di Butterworth pada 16 November.

“Saya tidak mahu mana-mana pihak cuba ambil kesempatan dan mengelirukan serta mengeruhkan keadaan,

“Kita serahkan kepada pihak berwajib untuk melakukan siasatan,”  kata Menteri Pertahanan dalam satu sidang media di Bilik Gerakan Barisan Nasional, Klebang, Melaka.

Jelasnya, beliau telah meminta Panglima Angkatan Tentera dan Panglima Tentera Udara serta Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk memaklumkan kepada orang ramai apa jua perkembangan baharu berhubung tragedi tersebut.

“Saya dah minta bahawa lembaga siasatan khas insiden ini terus siasat dengan segera punca kemalangan,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Hishammuddin turut menyampaikan ucapan takziah dan rasa dukacita kepada kedua-dua juruterbang yang terlibat dalam nahas tersebut.

Insiden yang berlaku pada pukul 10.07 malam semalam di Pangkalan Udara Butterworth telah meragut nyawa salah seorang juruterbang pesawat, Kapten Mohamad Affendi bin Bustamy TUDM.

Menurut Hishammuddin, jenazah Allahyarham Affendi dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Muadzam Shah, Pahang.

Pada masa yang sama, menteri turut menyatakan keadaan seorang lagi juruterbang, Mejar Mohd Fareez TUDM kini berada dalam keadaan stabil. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply