Home Pertahanan dan Keselamatan RMK-12: Kerajaan rancang perolehan 8 buah kapal misi pesisir

RMK-12: Kerajaan rancang perolehan 8 buah kapal misi pesisir

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Kerajaan rancang perolehan 8 buah kapal misi pesisir (Littoral Mission Ship, LMS) untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melalui Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

Timbalan Menteri Pertahanan, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, kerajaan akan membeli 13 buah bot pemintas (Fast Interceptor Craft, FIC) di bawah rancangan yang sama.

Beliau menyatakan perkara tersebut semasa sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

“Antara inisiatif yang akan dilaksanakan di bawah RMKe-12 ialah memperkukuhkan benteng pertahanan di Sabah dan Sarawak,

“Ini termasuk projek pembinaan Kem 5 Briged Tentera Darat Malaysia di Kota Belud, Sabah dan projek pembinaan Bare Base Tentera Udara Diraja Malaysia di Bintulu, Sarawak,” katanya.

Pada masa yang sama, Ikmal turut menyatakan sebanyak 10,200 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di seluruh negara.

“Hospital Angkatan Tentera (HAT) Terendak di Sungai Udang akan dinaik taraf. Ia akan memberi manfaat bukan sahaja kepada anggota tentera dan juga penduduk di sekitar Sungai Udang,” katanya.

Ikmal menegaskan, segala perancangan ini hanya akan berjaya dicapai melalui sokongan jitu dari rakyat seiring dengan komitmen Kerajaan dalam menyediakan peruntukan yang menyentuh mengenai keperluan pembangunan aspek keselamatan dan pertahanan negara.

“Adalah menjadi keutamaan Kementerian Pertahanan bagi mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang selamat, berdaulat dan makmur,

“Setiap perancangan yang dibuat adalah berlandaskan kepada kepentingan negara sama ada di dalam mahupun di luar negara,

“Ini bagi memastikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mampu mendepani cabaran keselamatan tradisional dan bukan tradisional,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply