Home Politik PRN Melaka: 89.9 peratus pengundi awal keluar mengundi – SPR

PRN Melaka: 89.9 peratus pengundi awal keluar mengundi – SPR

by Air Times News Network

MELAKA, 16 Nov – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sejumlah 89.9 peratus atau 10,390 orang yang terdiri daripada anggota tentera dan pasangan serta polis telah melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, hari ini.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, proses pengundian awal bermula pada pukul 8 pagi itu berjalan dengan lancar.

“SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik pada hari ini,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sebilangan anggota tentera yang mengundi awal di Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 2, Sungai Udang, hari ini

Pada masa sama, Ikmalrudin turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), pihak berkuasa tempatan.

Beliau juga mengucapkan penghargaan ini kepada para media dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala kerjasama dan sokongan yang diberikan kepada SPR.

Proses pengundian awal bagi PRN Melaka yang berlangsung hari ini ditutup pada pukul 5.30 petang.

Tarikh pengundian untuk PRN Melaka telah ditetapkan pada 20 November ini. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply